Thursday, 28 December 2017

APAKAH PINJAMAN WANG BERLESEN?

Apakah sebenarnya syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen? Adakah ia seperti "Ahlong"? Tidak sama sekali.

Umum ketahui bahawa jika perlukan wang tunai dalam masa yang cepat, terdapat beberapa sumber pinjaman wang seperti daripada pihak bank, koperasi mahupun dengan cara menggadaikan sesuatu barang berharga.

Namun cara-cara begini mungkin memakan masa walhal anda perlukan duit dengan segera untuk menyelesaikan sesuatu kecemasan atau masalah yang tidak dijangka. Mungkin kereta anda rosak dan perlu diperbaiki segera. Atau ada ahli keluarga yang kemalangan dan anda perlu membayar bil hospital yang tinggi. Selain menggadaikan barangan berharga, proses menerima wang pinjaman peribadi memakan masa yang lama dan akan merumitkan keadaan.


Satu cara yang boleh dipertimbangkan adalah dengan meminjam daripada sebuah syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB). Prosesnya ringkas dan mudah, dan anda boleh menerima wang yang ingin dipinjam seawal 24 jam daripada waktu permohonan.

Tidak perlu risau jika skor kredit kewangan anda buruk disebabkan komitmen bulanan yang tinggi, bebanan hutang, atau nama anda telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara. Anda masih boleh membuat pinjaman daripada sesebuah PPWB, tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diminta serta potensi keupayaan anda untuk membayar balik. Kadar faedah yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi berbanding meminjam daripada pihak yang tidak berlesen kerana mengikut peraturan kadar faedah bagi pinjaman tanpa cagaran tidak lebih daripada 18 peratus setahun.

Namun apakah sebenarnya syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen ini? Adakah ia seperti ah long? Tentunya tidak sama sekali, kerana PPWB yang berlesen merupakan syarikat kewangan berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memiliki permit untuk memberi pinjaman wang peribadi secara sah dan tertakluk di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

No comments:

Post a Comment